Saturday, September 25, 2010

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Perdana Menteri Malaysia Pertama
Nama: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tarikh Lahir: 8 Februari 1903
Gelaran: Bapa Kemerdekaan
Tempoh Berkhidmat: 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970




Perdana Menteri Malaysia Kedua
Nama: Tun Abdul Razak Datuk Hussien
Tarikh Lahir: 11 Mac 1922
Gelaran: Bapa Pembangunan
Tempoh Berkhidmat: 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976



Perdana Menteri Malaysia Ketiga
Nama: Tun Hussein Onn
Tarikh Lahir: 1922
Gelaran: Bapa Perpaduan
Tempoh Berkhidmat: 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981




Perdana Menteri Malaysia Keempat
Nama: Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Tarikh Lahir: 20 Disember 1925
Gelaran: Bapa Permodenan
Tempoh Berkhidmat: 18 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003





Perdana Menteri Malaysia Kelima
Nama: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Tarikh Lahir: 26 November 1939









Perdana Menteri Malaysia Keenam
Nama: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak




Thursday, September 16, 2010

OBJEKTIF SEKOLAH

Meningkatkan potensi individu secara menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan negara

MATLAMAT SEKOLAH

Menjadi institusi yang proaktif, progresif dan dinamik untuk melaksanakan hasrat pendidikan negara dengan cemerlang

MISI JPNS

Meneruskan aktiviti program '3 + 2'

Memantapkan suasana dan persekitaran sekolah yang meransang pengajaran dan pembelajaran

Memantapkan sistem pengurusan berkesan dan budaya kerja bermatlamat serta berfokus

Menghasilkan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum

Menghasilkan pelajar berakhlak mulia

Menghasilkan pelajar bestari

SEJARAH SEKOLAH

PERINGKAT AWAL

Penubuhan sekolah ini dilhamkan oleh Jawatankuasa Gereja Basel daerah yang pada masa itu dikenali sebgai North Borneo Basel Self-Established Church District Council, bersama dua orang tokoh gereja tempatan iaitu En. Wong Kiam Fook Pengerusi Gereja pada masa itu, dan En. Tsen Tain Fook selaku Setiausaha.

Setelah perundingan terperinci diadakan di antara pemimpin gereja daerah dengan pemimpin gereja tempatan, maka tercapailah satu resolusi untuk menubuhkan sebuah sekolah aliran CIna, yang dinamakan Sikauti Lok Yuk Chinese Primary School pada tahun 1954.

PERSEDIAAN TAPAK

Pihak gereja telah mendapatkan sebidang tanah seluas 2.51 ekar atas nama Gereja Basel, khas untuk tujuan membuka gereja dan sekolah. Pada 26 Disember 1954, sekolah ini sah ditubuhkan dengan  menggunakan bangunan gereja untuk mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pada 5 Januari 1955, sekolah ini dimulakan dengan rasminya dengan kira-kira 30 orang murid, dan seorang guru. Memandangkan tidak mendapat bantuan kewangan dari pihak kerajaan, sekolah ini membayar gaji guruh dan persediaan kemudahan sekolah melalui pembiayaan pihak gereja dan pungutan yuran sekolah dari murid-murid.

TAMBAHAN TENAGA PENGAJAR

Disebabkan oleh bilangan murid yang semakin bertambah, pihak sekolah telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pendidikan untuk menghantar seorang guru terlatih, di mana gajinya akan dibiayai oleh pihak kerajaaan.

Permohonan tersebut telah diluluskan, maka pada tahun 1958, seorang guru terlatih yang bernama En. Wong Tzhun Siong telah dihantar ke sekolah ini.

TAMBAHAN BANGUNAN SEKOLAH

Pada tahun 1960, sebuah bangunan sekolah telah didirikan, yang mengandungi dua buah bilik darjah dan sebuah bilik guru.Walau bagaimanapun, bangunan gereja masih digunakan.

Memandangkan murid sekolah ini akan melanjutkan pelajaran selepas Tahun 4 ke Sekolah Lok Yuk Bandar Kudat yang beraliran Bahasa Inggeris, maka sekolah telah mengambil keputusan untuk beralih ke aliran Bahasa Inggeris pada tahun 1961. Sungguh pun demikian, Bahasa Cina masih menjadi mata pelajaran wajib.

Mulai tahun itu juga, sekolah ini telah menambahkan bilangan kelasnya kepada enam buah, yang meliputi Tahun 1 hingga Tahun 6 dan dikelolakan oleh seorang Guru Besar dan tiga orang guru.

Pada tahun 1967 sebuah lagi bangunan telah didirikan, yang mengandungi empat buah kelas. Bilangan murid juga bertambah kepada lebih dua ratus orang. Begitu juga dengan tenaga pengajar bertambah kepada sembilan orang dan seorang tukang kebun.

Pada tahun 1974, sekolah ini telah bertukar aliran sekali lagi. Kali ini kepada Bahasa Kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu, sehinggalah ke hari ini.






LAGU SEKOLAH

LOK YUK SIKUATI SEKOLAHKU
TEMPAT KAMI MENIMBA ILMU
BADAN PENAT PELUH MEMBASAHI BUMI
KAMI BANGGA MENJADI MURIDMU

LOK YUK SIKUATI SEKOLAHKU
PELBAGAI KAUM ADA DI SINI
MENDIDIK DAN MELAKSANA WAWASAN
BERSATU HATI MEMBENTUK GENERASI MAJU

KAMI BERJANJI
AKAN TERUS BERBAKTI
HINGGA SAMPAI AKHIR HAYAT KAMI
NAMA DAN IKRARMU
TETAP KAMI SANJUNG TINGGI
KERANA MASA DEPAN KAMI
MULA DI SINI

MISI SEKOLAH

Meningkatkan prestasi UPSR melalui perancangan yang sistematik

Mewujudkan suasana Pengajaran dan Pembelajaran yang kondusif

Membudayakan pengurusan berkesan, kerja bermatlamat dan berfokus

Melahirkan pelajar cemerlang dalam Akademik dan Kokurikulum

Membina modal insan yang berakhlak mulia

VISI SEKOLAH


SRK Lok Yuk Sikuati Cemerlang Di Daerah Kudat Pada Tahun 2014

VISI JPNS

Kecemerlangan dan tahap kualiti yang berterusan dalam semua aspek pendidikan ke arah melahirkan generasi pelajar yang berperibadi dan berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, berkemahiran dan berbudaya saing menepati matlamat falsafah pendidikan kebangsaan dan wawasan 2020

Friday, September 10, 2010

PIAGAM SEKOLAH

KAMI KAKITANGAN SRK LOK YUK SIKUATI:-

Akan bekerja dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pendidikan selaras dengan falsafah pendidikan

Akan sentiasa menghormati dan mengamalkan sikap mesra kepada semua murid, rakan sejawat dan masyarakat

Akan berusaha untuk melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik, kokurikulum, pekerti dan sahsiah, dan kebersihan perawakan